Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PELAJAR PERUBATAN UNIVERSITI SWASTA JATUH APARTMEN DILAPORKAN KRITIKAL

DALAM NEGARA

PELAJAR PERUBATAN UNIVERSITI SWASTA JATUH APARTMEN DILAPORKAN KRITIKAL

Seorang pelajar lelaki bidang perubatan di sebuah universiti swasta di Bukit Baru dilaporkan kritikal selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen di Jalan Tun Perak, Melaka semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pelajar tahun akhir berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan parah di kepala dan kini dirawat di Hospital Melaka.

MELAKA: Seorang pelajar lelaki bidang perubatan di sebuah universiti swasta di Bukit Baru dilaporkan kritikal selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen di Jalan Tun Perak di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pelajar tahun akhir berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan parah di kepala dan kini dirawat di Hospital Melaka.

Beliau berkata dalam kejadian pada 10.42 malam semalam, mangsa dilaporkan keluar dari bilik mandi sebelum dikatakan terjatuh dari apartmen yang disewa bersama lima lagi rakannya yang juga penuntut di universiti sama.

“Mangsa bagaimanapun terselamat selepas terjatuh di beranda tingkat lima apartmen itu tetapi mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke hospital. 

“Siasatan awal mendapati kejadian itu tiada kaitan dengan sebarang kes buli dan mangsa disifatkan sebagai seorang yang baik serta selalu membantu rakan-rakan lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa dibawa turun oleh anggota bomba sebelum dihantar ke hospital.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading