Seorang guru wanita cedera di leher akibat dikelar suaminya sebelum lelaki itu mengelar dirinya menyebabkan cedera parah dalam kejadian di Taman Tunas, Sungai Ara dekat George Town awal pagi ini.
GEORGE TOWN: Seorang guru wanita cedera di leher akibat dikelar suaminya sebelum lelaki itu mengelar dirinya menyebabkan cedera parah dalam kejadian di Taman Tunas, Sungai Ara dekat sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata kejadian kira-kira 6 pagi itu disedari ibu kepada wanita tersebut selepas terdengar jeritan anaknya yang berada di bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat berkenaan.
“Kejadian berlaku sebelum solat Subuh pagi tadi dan ia disedari ibu mangsa yang terdengar jeritan anaknya dari bilik sebelum bergegas ke tingkat atas untuk melihat apa yang berlaku dan mendapati menantunya sedang menindih mangsa (isteri suspek).
“Wanita itu mendakwa melihat suspek cuba mengelar mangsa dan dia terus bertindak menarik anaknya sebelum membawa lari keluar, dalam masa sama wanita tersebut melihat menantunya mengelar tangan serta lehernya sendiri di atas katil,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa yang berusia 28 tahun cedera dileher dan dalam keadaan stabil manakala suaminya yang juga seorang guru berumur 30 tahun kritikal akibat kecederaan parah di leher dan pergelangan tangan kiri, dengan kedua-duanya kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang, di sini.
Sazalee berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Beliau berkata pasangan yang telah berkahwin sejak enam tahun lepas dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun itu, dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kewangan, kemurungan atau isu berkaitan orang ketiga malah mereka juga hidup dalam keadaan bahagia.
“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan pisau yang diambil di dapur rumah itu sebelum bertindak mengelar isteri dan dirinya sendiri, kita percaya kejadian berlaku ketika mangsa baru bangun tidur dan mahu solat sebelum bersiap ke sekolah.
“Kami masih menjalankan siasatan lanjut kerana lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau masalah kesihatan mental dan kemurungan,” katanya.
Beliau berkata polis akan merekodkan keterangan pasangan itu dan suspek akan direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests