PELAJAR SEKOLAH ANTARA DITAHAN BANTU SIASATAN PENEMUAN DADAH LEBIH RM1.4 JUTA
Seorang pelajar tingkatan empat antara empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes penemuan ketamin seberat 25.5 kilogram bernilai lebih RM1.4 juta di Kampung Laloh, Kuala Krai, Jumaat lepas.
KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan empat antara empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes penemuan ketamin seberat 25.5 kilogram bernilai lebih RM1.4 juta di Kampung Laloh, Kuala Krai, Jumaat lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata rampasan dilakukan susulan pihaknya menerima laporan daripada penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan yang ternampak kereta jenis Perodua Myvi berhenti secara tergesa-gesa sejauh 200 meter dari sekatan jalan raya yang dilakukan di kampung itu.
“Pemandu dan penumpang kereta itu bertindak melarikan diri manakala pemeriksaan pada but kenderaan yang ditinggalkan itu menemukan 26 peket plastik lut sinar disyaki dadah yang diletakkan di dalam dua guni putih dan satu beg pakaian plastik beroda warna hitam ,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Muhamad Zaki berkata susulan itu, pihaknya melakukan empat serbuan pada hari sama hingga semalam dan menahan keempat-empat lelaki itu yang berusia 16 hingga 30 tahun di Pasir Mas.
Beliau berkata mereka direman hingga 13 Jan ini bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pihaknya percaya kes itu mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa kerana dadah terbabit diperoleh dari Thailand untuk pasaran Kuala Lumpur.
Dalam kes lain, Muhamad Zaki berkata pihaknya turut menahan dua pemandu lori berusia 28 tahun di Kampung Batu 6, Batu Melintang, Jeli, semalam kerana disyaki menyeludup daun ketum bernilai RM20,000.
“Taktik licik penyeludupan daun ketum menggunakan lori tangki simen bagi mengaburi mata pihak berkuasa berjaya dibongkar apabila pemeriksaan lanjut pada lori menjumpai 2,000 kilogram daun ketum yang dibawa masuk dari negeri utara untuk pasaran Kelantan,” katanya.
Beliau berkata kedua-dua lelaki itu yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan positif terhadap dadah jenis Benzo kini direman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager