Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU JENTOLAK MAUT DIHEMPAP TEMBOK BATU

DALAM NEGARA

PEMANDU JENTOLAK MAUT DIHEMPAP TEMBOK BATU

PETALING JAYA: Seorang pemandu jentolak maut dihempap tembok batu di sebuah tapak pembinaan berhampiran Flora Damansara, Jalan PJU 8, Damansara Perdana di sini tengah hari tadi.

Mangsa merupakan warga Bangladesh berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mahathir Sakdom, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden kira-kira jam 11.44 pagi tadi.

Pihaknya mengerahkan lapan pegawai serta anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara untuk ke lokasi kejadian.

Bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa selepas kira-kira 30 minit dengan bantuan kren.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading