Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MENJUNJUNG KASIH KEPADA AGONG ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PM KE-9 – ISMAIL SABRI

DALAM NEGARA

MENJUNJUNG KASIH KEPADA AGONG ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PM KE-9 – ISMAIL SABRI

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan baginda melantik beliau sebagai Perdana Menteri ke-9.

“Saya syukur kepada Allah dan izin-Nya, saya dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan Ahli Parlimen termasuk bebas dan ketua-ketua parti politik,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ismail Sabri turut merakamkan penghargaan kepada semua pemimpin parti politik termasuk Ahli Parlimen bebas yang memberi sokongan kepadanya untuk memimpin negara.

Beliau juga memaklumkan akan membuat kenyataan rasmi kepada rakyat Malaysia esok, susulan pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Bera itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 pada jam 2.30 petang hari ini, di Istana Negara.

Semalam, Al-Sultan Abdullah berkenan melantik Ismail Sabri Perdana Menteri selepas beliau mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan Rakyat.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading