Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU, KELINDAN MAUT DALAM NAHAS BABIT TIGA LORI

DALAM NEGARA

PEMANDU, KELINDAN MAUT DALAM NAHAS BABIT TIGA LORI

Balai Bomba Tangkak

TANGKAK: Seorang pemandu dan kelindannya maut manakala tiga lagi individu cedera dalam kemalangan membabitkan tiga lori di KM164.8 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan susur masuk kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tangkak arah Selatan, di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak PBK II Zamri Ayob berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 4.26 pagi.

Beliau berkata 18 anggota daripada BBP Tangkak serta BBP Bukit Gambir digegaskan ke lokasi bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Pemandu dan kelindan terbabit didapati tersepit di dalam sebuah lori jenis Isuzu lima tan.

“Kedua-dua lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tiga yang cedera iaitu dua pemandu lori dan seorang kelindan dihantar ke Hospital Tangkak untuk rawatan.

Operasi berkenaan katanya, tamat sepenuhnya pada 6.05 pagi tadi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading