Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU MAUT, PENUMPANG CEDERA LORI JATUH GAUNG DI KUALA KRAI

DALAM NEGARA

PEMANDU MAUT, PENUMPANG CEDERA LORI JATUH GAUNG DI KUALA KRAI

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata dalam kejadian kira-kira 11.20 pagi, pemandu lori berusia 48 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala wanita berusia 39 tahun yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk rawatan lanjut.

KOTA BHARU: Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di Kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata dalam kejadian kira-kira 11.20 pagi, pemandu lori berusia 48 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala wanita berusia 39 tahun yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori jenis Rigid tersebut dari arah Kuala Lumpur ke Kota Bharu dipercayai terbabas dan jatuh ke dalam gaung di laluan tersebut.

“Pemandu lori tersebut meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mazlan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh salurkan ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai atau hubungi pegawai penyiasat Insp Mohamad Amirul Izham Azian di talian 09-9666222. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading