Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANGKU DUTA OMAN KE PALESTIN SERAH WATIKAH

DUNIA

PEMANGKU DUTA OMAN KE PALESTIN SERAH WATIKAH

RAMALLAH: Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki semalam menerima watikah pelantikan pemangku duta Oman yang pertama ke Palestin.

Salem bin Habib bin Salme Al-Omairi menyerahkan watikah pelantikannya kepada Maliki di pejabatnya di Ramallah, demikian menurut kenyataan kementerian terbabit dipetik portal xinhuanet.com.

Maliki menyambut baik kehadiran duta baharu itu dan menegaskan pentingnya hubungan dua hala yang menyaksikan kunjungan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ke Oman, baru baru ini.

Menteri Luar Palestin itu juga turut meluahkan penghargaannya kepada sokongan rakyat Oman kepada warga Palestin.

Omairi pula meluahkan kegembiraannya kerana dilantik sebagai duta ke Palestin dan menegaskan, “sokongan teguh Oman terhadap negara Palestin”.

Menteri Luar Oman, Yousuf bin Alawi mengumumkan bahawa kedutaan akan dibuka di Ramallah pada satu persidangan keselamatan di Bahrain pada Jun. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading