Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMERGIAN YANG DICEMBURUI, IMAM MENINGGAL DUNIA SEMASA MENGIMAMKAN SOLAT SUBUH

DALAM NEGARA

PEMERGIAN YANG DICEMBURUI, IMAM MENINGGAL DUNIA SEMASA MENGIMAMKAN SOLAT SUBUH

Difahamkan Allahyarham rebah pada rakaat pertama solat Subuh selepas sempat membaca 3 ayat pertama Surah Sajadah.

SEGAMAT: Seorang imam di Masjid Kampung Sermin, di sini, dilaporkan meninggal dunia ketika mengimamkan solat Subuh, pada Ramadan ke-11 (Jumaat 22 Mac).

Difahamkan Allahyarham rebah pada rakaat pertama solat Subuh selepas sempat membaca 3 ayat pertama Surah Sajadah.

@beritaalhijrah114

Seorang imam di Masjid Kampung Sermin, di sini, dilaporkan meninggal dunia ketika mengimamkan solat Subuh, pada Ramadan ke-11 (Jumaat 22 Mac). Difahamkan Allahyarham rebah pada rakaat pertama solat Subuh selepas sempat membaca 3 ayat pertama Surah Sajadah. Tekan link untuk berita penuh. #KongsiBersama #beritaalhijrah #beritaalhijrah114 #alhijrahonline #beritatiktok #beritaditiktok #fyp #fypシ #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – Berita AlHijrah – Berita AlHijrah

Terdahulu tular rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) masjid tersebut menerusi akaun TikTok ‘Hidayat Syafii88’.

“Kembali ke rahmatullah ketika solat Subuh berjemaah hari Jumaat dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

“Panggilannya Imam Razif, imam Masjid Sermin, Segamat, meninggal dunia dalam rakaat pertama selepas membaca 3 ayat Surah Sajadah,” katanya.

Rata-rata komen warganet mendoakan pemergiannya dalam keadaan Husnul Khatimah iaitu pengakhiran yang baik dengan reda Allah.

“Pergi pada bulan Ramadan, sedang berpuasa, pada hari Jumaat, sedang imamkan solat. Moga kita semua dikurniakan kematian yang Husnul Khatimah.

“Allah…Syurga buat saudara ini, ini yang sepatutnya kita kena cemburu (dengan pemergiannya),” antara komen-komen warganet.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading