Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMILIHAN VAKSIN COVID-19 AWAL 2021- KHAIRY JAMALUDDIN

DALAM NEGARA

PEMILIHAN VAKSIN COVID-19 AWAL 2021- KHAIRY JAMALUDDIN

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan memutuskan pemilihan vaksin COVID-19 pada awal tahun 2021, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Data yang diperoleh daripada beberapa ujian klinikal vaksin COVID-19 yang berada pada fasa ketiga, dijangka akan dianalisis pada hujung tahun ini.

Tambahannya, MOSTI juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara berkenaan implikasi undang-undang dan model perolehan bagi vaksin COVID-19.

“Kementerian sedang berbincang terus dengan syarikat-syarikat farmaseutikal antarabangsa lain bagi pembekalan terus tanpa melalui pelan peruntukan vaksin COVID-19 Vaccine Global Access (COVAX).

“Saya juga meminta supaya satu perjanjian dengan negara China dimuktamadkan secepat mungkin berikutan draf penjanjian hampir siap,” katanya.

Rundingan dengan pihak (COVAX) bagi penyertaan Malaysia di dalam kemudahan tersebut bagi mendapatkan vaksin COVID-19 yang diperlukan, masih berlangsung.

400 individuals and organisations gave input on atomic energy bill - Khairy  | Astro Awani

“Ada beberapa perkara yang masih dalam perbincangan dengan pihak COVAX. Kemudahan ini adalah kemudahan pembelian awal, jadi model perolehan ini agak luar biasa. Kita bayar untuk benda yg masih belum lagi wujud,” jelasnya.

Khairy memberi kenyataan tersebut selepas melancarkan pengecas tanpa wayar nanotech (METT) yang pertama di Malaysia, hari ini. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading