SHEIKH SABAH MENINGGAL DUNIA

KUWAIT: Emir Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, 91, meninggal dunia pada Selasa lapor agensi berita Xinhua.

Menurut laporan media, pemerintah itu sebelum ini telah dimasukkan ke hospital pada 18 Julai lalu untuk pemeriksaan dan menjalani pembedahan sehari kemudian.

Susulan pembedahan tersebut, Sheikh Sabah berlepas ke Amerika Syarikat pada 23 Julai untuk rawatan lanjut.

Sementara itu Kuwait mengumumkan 40 hari berkabung atas kematian Sheikh Sabah dan memutuskan untuk menutup institusi pemerintah dan rasmi selama tiga hari mulai 29 September.

Putera Mahkota Kuwait Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah diumum akan memangku sebahagian tugas Emir Kuwait buat sementara waktu. — AlHijrah Online

Leave a Reply