Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa pihak pendakwaan akan mengemukakan lapan hingga 10 orang saksi dalam perbicaraan kes dadah yang dihadapi penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman.
PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa pihak pendakwaan akan mengemukakan lapan hingga 10 orang saksi dalam perbicaraan kes dadah yang dihadapi penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman.
Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memaklumkan perkara itu ketika pengurusan kes di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.
“Kami mendapat arahan agar perbicaraan kes yang ditetapkan sebelum ini pada 28 dan 29 Ogos dikekalkan. Pihak pendakwaan akan memanggil lapan hingga 10 saksi untuk memberi keterangan,” katanya.
Muhammad Yasin, 48, hadir ke mahkamah diiringi peguamnya Ariff Azami Hussein dan pegawai penjara.
Ketika ditemui media di luar mahkamah, Ariff Azami berkata anak guamnya berada dalam keadaan baik di penjara dan keluarga penyanyi itu termasuk ibunya turut hadir ke mahkamah hari ini untuk memberikan sokongan.
Pada 6 Julai lepas, keputusan laporan psikiatri oleh Hospital Bahagia UIu Kinta, Perak mengesahkan Muhammad Yasin layak dibicarakan susulan keadaan mentalnya bertambah baik serta mampu membela diri, walaupun ketika kejadian dia disahkan sebagai tidak waras.
Muhammad Yasin turut disahkan menghidap penyakit kecelaruan bipolar dan hipertiroidisme.
Pada 8 Mei lepas, mahkamah memerintahkan Muhammad Yasin dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk pemeriksaan tahap kesihatan mentalnya, selepas membenarkan permohonan pembelaan supaya tertuduh diperiksa oleh pakar psikiatri.
Penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 11.05 malam, 24 Mac tahun lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Muhammad Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, tarikh yang sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 6 Akta ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan dan Seksyen 6B (1) (a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3), yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests