Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BURUH LADANG MENGAKU BERSALAH CUBA BUNUH ISTERI

DALAM NEGARA

BURUH LADANG MENGAKU BERSALAH CUBA BUNUH ISTERI

Seorang buruh ladang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap pertuduhan cuba membunuh isterinya pada bulan lepas.

Sumber Gambar: Media Sosial

BUTTERWORTH:  Seorang buruh ladang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan cuba membunuh isterinya pada bulan lepas.

Hakim Zulhazmi Abdullah, bagaimanapun belum menjatuhkan hukuman terhadap R. Rethinasamy, 36, kerana menunggu laporan perubatan tertuduh.

Rethinasamy didakwa cuba membunuh dengan membakar isterinya di Ladang Mayfield, Tasek Gelugor pada 31 Julai lepas sehingga mengakibatkan kecederaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Sept ini serahan laporan perubatan. 

Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh memandangkan tahap keseriusan kes tersebut. 

“Saya menentang sekeras-kerasnya tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin memandangkan mangsa adalah isterinya sendiri yang kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang, melecur tahap ketiga hampir seluruh badan dan masih belum sedarkan diri,” katanya.

Rethinasamy yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading