ERDOGAN SARAN MALAYSIA DAN TURKIYE CARI JALAN TANGANI ISU ISLAMOFOBIA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Presiden Recep Tayyip Erdogan menyarankan agar Malaysia dan Turkiye mencari jalan serta menjalin kerjasama dalam menangani isu Islamofobia.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Recep Tayyip Erdogan (Gambar fail BERNAMA)
SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Presiden Recep Tayyip Erdogan menyarankan agar Malaysia dan Turkiye mencari jalan serta menjalin kerjasama dalam menangani isu Islamofobia.
Anwar berkata Erdogan memaklumkan perkara itu kepada beliau ketika mereka bercakap di telefon tiga hari lepas.
“Beliau memang kerap telefon, kurang-kurang sebulan sekali, cakap pelbagai hal, hal keluarga, sembang-sembang… dan beliau cadangkan kami berdua cari jalan untuk tingkatkan usaha jadi benteng melawan serangan Islamofobia, beliau tak suruh PAS, dia lagi tak kenal Presiden Bersatu.
“Dia cadang kita buat, jadi saya kata boleh, saya minta dia siapkan jentera, cadangan dan beliau minta jumpa di New York ketika Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dijadualkan pada September ini, “ katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan MADANI Negeri Sembilan di sini malam ini.
Perdana Menteri berkata ini berikutan nama Malaysia diangkat kedudukannya di mata dunia dan yakin dengan keupayaan negara untuk turut serta dan menjadi benteng serangan Barat termasuk dalam isu pembakaran al-Quran.
Beliau berkata Malaysia bersikap tegas dalam perkara itu selain tidak mengizinkan penghinaan ke atas mana-mana agama dalam negara.
“Apa kita buat (dalam kes pembakaran al-Quran), yang pertama, kita bantah… Menteri Luar (panggil Duta Sweden) bagi ingatan… ini kerja biadab. Kita arahkan sejuta naskhah al-Quran kita diedar ke seluruh dunia dan 15,000 naskhah dalam Bahasa Sweden kita hantar ke Sweden, itu cara kita balas (perbuatan membakar al-Quran) kepada mereka,” katanya.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga berkata tempoh kempen PRN yang melibatkan kerjasama PH serta UMNO dan kini memasuki babak akhir merupakan percubaan baharu bagi menguatkan semangat perpaduan demi menyelamatkan negara serta mengangkat semula Malaysia sebagai negara hebat di mata dunia.
“Dalam rundingan antara PH dan UMNO, kita putuskan pertama, (hormati) prinsip Perlembagaan, PH setuju UMNO lebih lagilah, kita nak selamatkan negara ini dan membawa perubahan… kalau nak angkat martabat orang Melayu dan lain-lain, jadikan Malaysia negara ulung di Asia Tenggara.
“Kita kena anjak cara lama kepada cara baharu, dan ini yang kita lakukan,” katanya yang turut menyeru pengundi memilih calon yang diketengah oleh parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan agar kaum lain berasa selamat dan tidak diketepikan oleh mana-mana pihak. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked