Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENDATANG TANPA IZIN LOLOS: 41 BERJAYA DITAHAN SETAKAT PAGI INI – KP PERAK

DALAM NEGARA

PENDATANG TANPA IZIN LOLOS: 41 BERJAYA DITAHAN SETAKAT PAGI INI – KP PERAK

IPOH: Dua lagi pendatang tanpa izin yang melarikan dari Depot Sementara Imigresen Bidor dekat sini, pada Khamis lepas berjaya ditahan menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan 41 orang setakat 7 pagi ini.

Antara pendatang asing tanpa izin yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor telah ditahan di sebuah kebun jambu di Kampung Senta. — BERNAMA

IPOH: Dua lagi pendatang tanpa izin yang melarikan dari Depot Sementara Imigresen Bidor dekat sini, pada Khamis lepas berjaya ditahan menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan 41 orang setakat 7 pagi ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan perkara itu berkata dua tangkapan terbaharu  itu dibuat pada awal pagi ini.

Katanya kesemua 41 tahanan yang merupakan etnik Rohingya dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Tapah untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian pada 9.50 malam 1 Feb lepas, seramai 131 tahanan terdiri dari etnik Rohingya, warga Myanmar dan Bangladesh meloloskan diri  dari Depot Imigresen Sementara Bidor.

Semua tahanan itu merusuh dengan merosakkan pagar depot sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 335 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan. — AlHijrah Online

SUMBER: BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading