Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGASAS ‘ASMAUL HUSNA WAN MASERI’ BERTAUBAT, AKUI AJARAN MENYELEWENG

DALAM NEGARA

PENGASAS ‘ASMAUL HUSNA WAN MASERI’ BERTAUBAT, AKUI AJARAN MENYELEWENG

Profesor Dr Wan Maseri Wan Mohd

KUALA LUMPUR: Pengasas ajaran ‘Asmaul Husna Wan Maseri’, Profesor Dr Wan Maseri Wan Mohd tampil memohon maaf dan mengakui ajarannya menyeleweng daripada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Lapor Sinar Harian, wanita itu juga secara terbuka melafazkan syahadah bagi memperbaharui keislamannya.

Pengakuan mengenai kesilapannya turut dibuat Wan Maseri dalam Mesyuarat Panel Pakar Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bersidang di Putrajaya pada Isnin.

Dalam pengakuannya beliau memaklumkan kenyataan yang dibuat mengenai Nabi Muhammad SAW tidak wujud adalah bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Begitu juga dengan kenyataan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah hijab kita dengan ALLAH, tidak boleh berselawat kepada baginda dan tidak boleh memohon bermimpi baginda juga salah serta bertentangan dengan ajaran Islam.

“Saya juga mengaku bahawa kenyataan tentang semua orang Islam belum Islam selepas kewafatan Rasulullah juga terpesong,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Selain itu Wan Maseri berkata beliau turut menarik semua penulisannya berkaitan kajian 99 Asmaul Husna kerana tidak tepat dengan disiplin perolehan ilmu yang diperlukan syariat.

Sebelum dirujuk kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (Muzakarah MKI), ajaran ‘Asmaul Husna Wan Maseri’ telah difatwakan sebagai menyeleweng di beberapa negeri antaranya Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading