Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DALAM KEMALANGAN LIBATKAN KERETA, TRELER

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DALAM KEMALANGAN LIBATKAN KERETA, TRELER

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa, Hisyam Naufal Musyier, 22, sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dari Meru, Klang ke Bukit Damansara sekitar jam 9.15 pagi.

SHAH ALAM: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan treler, di Kilometer 5.1 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dari arah Setia Alam ke Kuala Lumpur, pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa, Hisyam Naufal Musyier, 22, sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dari Meru, Klang ke Bukit Damansara sekitar jam 9.15 pagi.

Ketua Polis Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati motosikal mangsa telah hilang kawalan sebelum melanggar bahagian bucu belakang kiri kereta jenis Honda HRV yang dipandu seorang wanita berusia 64 tahun.

“Kereta tersebut sedang bergerak lurus di lorong paling kanan. Mangsa telah tercampak ke lorong kiri dan terkena tayar belakang sebuah treler.

“Mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Abdul Nasser Bin Peping di talian 012-2863875.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading