DALAM NEGARA
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DALAM KEMALANGAN LIBATKAN KERETA, TRELER
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa, Hisyam Naufal Musyier, 22, sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dari Meru, Klang ke Bukit Damansara sekitar jam 9.15 pagi.
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa, Hisyam Naufal Musyier, 22, sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dari Meru, Klang ke Bukit Damansara sekitar jam 9.15 pagi.

SHAH ALAM: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan treler, di Kilometer 5.1 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dari arah Setia Alam ke Kuala Lumpur, pagi tadi.
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa, Hisyam Naufal Musyier, 22, sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dari Meru, Klang ke Bukit Damansara sekitar jam 9.15 pagi.
Ketua Polis Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati motosikal mangsa telah hilang kawalan sebelum melanggar bahagian bucu belakang kiri kereta jenis Honda HRV yang dipandu seorang wanita berusia 64 tahun.
“Kereta tersebut sedang bergerak lurus di lorong paling kanan. Mangsa telah tercampak ke lorong kiri dan terkena tayar belakang sebuah treler.
“Mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Abdul Nasser Bin Peping di talian 012-2863875.—AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Penghantar makanan yang tular selepas melanggar seorang pelajar di lintasan pejalan kaki didakwa di Mahkamah Majistret...
Video tular semasa pemeriksaan adalah melibatkan dua individu lain yang bukan terdiri daripada pasukan operasi dan...
Pemeriksaan ke atas suspek menemukan satu paket lut sinar mengandungi bahan disyaki dadah, manakala ujian saringan...
Bekas CEO UiTM Holdings Sdn Bhd didakwa atas pertuduhan melakukan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM37.37...
Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 mula berkuat kuasa hari ini, mengembalikan autonomi pentadbiran Parlimen selepas lebih tiga...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.