ELAK GUNA AYAT AL-QURAN, HADIS DEMI CAPAI MATLAMAT POLITIK – MOHD NA’IM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini menegur semua pihak khususnya ahli politik, agar tidak menggunakan ayat al-Quran dan hadis sebagai modal di pentas ceramah, demi mencapat matlamat perjuangan politik khususnya ketika kempen pilihan raya.
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini menegur semua pihak khususnya ahli politik, agar tidak menggunakan ayat al-Quran dan hadis sebagai modal di pentas ceramah, demi mencapat matlamat perjuangan politik khususnya ketika kempen pilihan raya.
Beliau berkata perbuatan seumpama itu seharusnya dielakkan, lebih-lebih lagi sekiranya yang memerlukan rujukan pihak berkuasa seperti jabatan mufti atau badan agama di negeri-negeri.
“Pada sayalah, kalau ia melibatkan pandangan hukum, sebaik-baiknya elak (daripada berlaku) sebarang kekeliruan dalam kalangan rakyat.
“Kalau melibatkan satu pandangan hukum, boleh rujuk kepada jabatan mufti dan negeri-negeri, sebab ini pihak yang berautoriti. Cuma, jangan salah gunakan untuk kepentingan politik, ini yang paling utama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri dan merasmikan ibu pejabat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) di Putrajaya, hari ini.
Mohd Na’im berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan pemimpin parti politik yang sering menggunakan agama sebagai bahan kempen di pentas ceramah bagi meraih undi khususnya.
Terdahulu, Mohd Na’im menerusi hantaran di Facebooknya menggesa supaya tidak ada mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan mengelirukan berkaitan keutamaan menunaikan tanggungjawab untuk mengundi berbanding mengerjakan ibadah haji.
Beliau meminta supaya pihak terbabit mementingkan ilmu dan adab dalam membuat kenyataan berkaitan hal-hal agama.
Media melaporkan, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang memberi bayangan supaya umat Islam di negara ini mengutamakan kemenangan politik, selain perlu menangguhkan hasrat menunaikan umrah dan haji.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan kekesalan dengan kaedah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang masih menyentuh isu-isu sensitif, termasuk isu kaum, agama, dan institusi raja (3R).
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata kempen seharusnya menumpukan kepada kelebihan parti dan calon, bukan merendah-rendahkan pihak lain. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked