SULTAN KELANTAN TITAH CADANGAN BINA TEMBOK DI SUNGAI GOLOK DIMUKTAMAD SEGERA
Sultan Muhammad V turut menggesa projek lembangan sungai bersepadu Sungai Kelantan dan Sungai Golok dapat disegerakan bagi semua fasa sebagai penyelesaian segera terhadap isu banjir tahunan di Kelantan.
KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V mahu cadangan pembinaan tembok dan zon penampan di kawasan Sungai Golok dimuktamadkan segera.
“Beta memandang serius isu keselamatan di sempadan Malaysia–Thailand,” titah baginda dalam Titah Ucapan Diraja pada Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di sini hari ini.
Pada November tahun lepas, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata kerajaan negeri mencadangkan kepada kerajaan Persekutan bagi pembinaan tembok sempadan sepanjang 100 kilometer dengan Thailand.
Beliau berkata projek itu bertujuan membanteras penyeludupan dan jenayah rentas sempadan serta menangani isu banjir.
Sultan Muhammad V turut menggesa projek lembangan sungai bersepadu Sungai Kelantan dan Sungai Golok dapat disegerakan bagi semua fasa sebagai penyelesaian segera terhadap isu banjir tahunan di negeri ini.
“Fasa keutamaan harus diberikan kepada pembinaan Empangan Lebir yang menjadi keperluan mendesak dalam mengatasi isu banjir di Kelantan,” titah baginda.
Dalam pada itu, Sultan Kelantan menyeru jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan yang terlibat dalam sektor pertanian supaya tetap fokus kepada fungsi dan tugas utama masing-masing serta meningkatkan usaha bagi memastikan sekuriti makanan negeri dan negara terjamin.
“Beta sangat mengharapkan pihak kerajaan serta rakyat meneroka dan mendinamikkan tanaman berpotensi tinggi, seperti kelapa dan durian sebagai sumber pendapatan dalam bidang pertanian.
“Selaras dengan Enakmen Pemajuan Pertanian Negeri Kelantan 2022, beta berharap sebuah pusat pengumpulan hasil pertanian di Lojing dapat dibangunkan dengan segera. Tanpa langkah tegas untuk memperkukuh jenama hasil pertanian Lojing, Kelantan akan kehilangan peluang dari segi hasil, pelaburan dan pembangunan ekonomi.
“Dengan strategi penjenamaan, infrastruktur yang baik dan pematuhan undang-undang, Kelantan berpotensi mengukuhkan jajahan kecil Lojing sebagai pusat pertanian berdaya saing di Malaysia,” titah baginda.
Sultan Muhammad V turut menggesa pihak berkuasa tempatan untuk memberi tumpuan dalam memastikan bandar-bandar di Kelantan kekal bersih, indah dan ceria serta memiliki pengurusan perbandaran yang baik.
“Beta juga ingin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Landskap Negara atas kerjasama dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam dalam melaksanakan projek landskap di bandar Kota Bharu.
“Beta berharap agar semua pihak berkuasa tempatan dengan sokongan kerajaan, dapat meneliti isu bangunan terbiar serta memanfaatkan peluang ekonomi yang ada di dalam bandar bagi meningkatkan pembangunan setempat,” titah Sultan Muhammad V.
Selain itu, baginda bertitah pembangunan infrastruktur yang berkaitan perlu dipercepat selain menyediakan insentif pengecualian cukai yang kompetetif bagi menarik lebih banyak pelaburan ke Kelantan.
“Sebagai contoh, pembangunan projek Laluan Rel Pantai Timur yang akan memberi fungsi baharu kepada dua kawasan, iaitu cargo-oriented development di jajahan Pasir Putih dantransit-oriented development di kawasan bandar baru Tunjong.
“Selain meningkatkan dan memperkukuh sistem pengangkutan, projek ini juga secara langsung akan memberikan kesan gandaan ekonomi kepada rakyat beta, maka sewajarnya rakyat melihat hal ini sebagai satu peluang untuk turut serta menerokai seterusnya menikmati kesan limpahan daripada projek ini,” titah baginda.
Baginda turut menyarankan kerajaan negeri mengkaji dan menyediakan platform pendidikan alternatif khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memenuhi keperluan industri semasa.
“Antara fokus utama yang perlu diberi tumpuan ialah pembangunan sektor pembuatan bagi menarik pelaburan ke Kelantan, peningkatan infrastruktur bekalan air bersih dan jaringan jalan raya, penumpuan kepada sektor pertanian dan pembangunan pelancongan, di samping memperkasakan sektor lain.
“Dalam konteks federalisme, beta berasa sukacita dengan hubungan baik antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.
“Antara yang menjadi keutamaan ialah pembangunan infrastruktur melibatkan pelaksanaan projek-projek penting yang telah diluluskan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 dan Ke-12, kerjasama dalam mengoptimumkan penggunaan tanah bagi meningkatkan hasil pertanian dan pelaksanaan projek-projek konservasi biodiversiti di Kelantan,” titah baginda. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.