KUALA LUMPUR: Dakwaan kepentingan umat Islam dan orang Melayu tergadai, tidak dijaga, disekat serta terancam dalam pentadbiran Kerajaan MADANI yang berlegar di media sosial, adalah tidak berasas.
Dr Muhamad Razak Idris yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, dakwaan tersebut hanyalah spekulasi semata-mata demi meraih kepentingan politik sempit sesetengah pihak.
“Hakikatnya, pelbagai inisiatif dan ikhtiar telah dan kini sedang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan menerusi kepemimpinan Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar.
“Banyak gerak kerja di bawah pelan transformasi pentadbiran hal ehwal Islam sedang dan telah digerakkan di pelbagai peringkat dasar dan pelaksanaannya sepanjang lebih dua tahun yang lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhamad Razak berkata, pencapaian-pencapaian utama Kerajaan MADANI dalam pembangunan hal ehwal Islam hari ini antaranya:
Peruntukan Belanjawan MADANI bagi tahun 2025 terus meningkat;
Pentadbiran hal ehwal halal di negara kita bertambah efisyen dan cepat;
Kuota Guru KAFA ditambah sebanyak 1,500 orang di seluruh negara demi memperkasa pendidikan dan pembangunan al-Quran;
Kedudukan mahkamah syariah dan para hakim syari’e diperkasa;
RUU Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini;
Peruntukan bagi naik taraf dan penyelenggaraan prasarana Institusi Pendidikan Islam terus dilaksanakan;
Program berbentuk keilmuan dan pembangunan al- Quran dan Hadis giat diperkasakan menerusi penganjuran aktiviti tilawah serta pembangunan para huffaz;
Hubungan Malaysia dengan negara-negara di dunia Islam bertambah erat dan kukuh.
Jelasnya, pencapaian tersebut adalah sebahagian dari bukti agenda pembangunan hal ehwal Islam di Malaysia berkembang pesat dan kukuh di era Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya ingin menyeru umat Islam agar tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan serta dakwaan yang tidak berasas tersebut.
“Marilah kita seluruh rakyat Malaysia saling meningkatkan persaudaraan dan perpaduan ummah seterusnya mendokong penuh kepimpinan negara dalam membina Malaysia yang dihormati seterusnya mendepani pelbagai cabaran yang sedang dihadapi di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa,” katanya.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests