PENYELAMAT INDONESIA GIAT KESAN 38 PELAJAR DIKHUATIRI TERPERANGKAP DALAM RUNTUHAN BANGUNAN
Pasukan penyelamat Indonesia pada Selasa berusaha mengesan puluhan pelajar yang dikhuatiri terperangkap selepas bangunan empat tingkat sebuah sekolah pondok runtuh di Jawa Timur, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut manakala lebih 70 lagi cedera.
JAKARTA: Pasukan penyelamat Indonesia pada Selasa berusaha mengesan puluhan pelajar yang dikhuatiri terperangkap selepas bangunan empat tingkat sebuah sekolah pondok runtuh di Jawa Timur, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut manakala lebih 70 lagi cedera.
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Abdul Muhari berkata seramai 38 orang masih hilang selepas Pondok Pesantren Al Khoziny di Kabupaten Sidoarjo — terkenal sebagai pusat melahirkan ulama sejak 1927 — runtuh pada petang Isnin ketika solat Asar.
Sehingga pagi Selasa, seramai 102 orang telah dipindahkan, dengan 91 berjaya menyelamatkan diri, manakala 11 lagi diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat. Seorang mangsa disahkan maut.
Sekurang-kurangnya 77 mangsa yang cedera dibawa ke hospital, dengan 34 dirawat di Hospital Sidoarjo, 38 di Hospital Siti Hajar dan empat di Hospital Delta Surya, katanya dalam satu kenyataan.
Pasukan penyelamat daripada Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), unit bencana daerah, polis, tentera dan sukarelawan dikerah ke lokasi, menggunakan jentera berat bagi membersihkan runtuhan.
Menurut Abdul Muhari, kejadian berlaku ketika pekerja sedang menuang bancuhan konkrit di tingkat paling atas.
“Ketika solat Asar sekitar 3 petang waktu tempatan, tiang asas dipercayai tidak mampu menampung beban, lalu menyebabkan keseluruhan struktur runtuh hingga ke tingkat bawah,” katanya.
Ketua sekolah pondok KH Abdus Salam Mujib, berkata bangunan yang runtuh itu baharu dibina kira-kira sembilan bulan lalu secara berperingkat dan belum siap sepenuhnya, dengan tingkat tiga baharu sahaja dibina untuk dijadikan dewan aktiviti pelajar.
Awal bulan ini, sebuah bangunan dua tingkat Madrasah Assoibiyah di Bogor, Jawa Barat, yang masih dalam pembinaan turut runtuh, mengorbankan empat orang dan mencederakan 84 yang lain.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked