TURKIYE SALUR MAKANAN, BEKALAN PERUBATAN KEPADA FLOTILA BANTUAN KEMANUSIAAN GLOBAL SUMUD
Bulan Sabit Merah Turkiye pada Isnin menyalurkan makanan dan bekalan perubatan kepada Flotila Bantuan Kemanusiaan Global Sumud yang dalam pelayaran menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
ISTANBUL: Bulan Sabit Merah Turkiye pada Isnin menyalurkan makanan dan bekalan perubatan kepada Flotila Bantuan Kemanusiaan Global Sumud yang dalam pelayaran menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Bantuan itu diserahkan kepada sekitar 50 kapal flotila, yang kini meneruskan pelayaran di Laut Mediterranean antara Crete, pulau Cyprus dan Mesir.
Terdahulu pada Isnin, Turkiye turut menyelaras pemindahan penumpang dari kapal flotila Johnny M selepas ia menghantar isyarat kecemasan akibat dimasuki air.
Kapten kapal berkenaan, Bernard Pierre Laguna dari Perancis menyuarakan harapan agar mereka yang dalam perjalanan ke Gaza dapat tiba dengan selamat.
“Air mula menenggelamkan kapal, kami hilang kawalan dan semua yang berada di atas kapal perlu dipindahkan. Saya kapten bersama 12 orang penumpang dan kami semua berjaya dipindahkan ke kapal lain.
“Saya sudah berusaha sedaya upaya untuk sampai ke Gaza, tetapi tidak kesampaian; kapal hampir karam. Saya akan pulang sekarang, namun berharap semua yang meneruskan perjalanan ke Gaza selamat tiba,” katanya kepada Anadolu.
Seorang aktivis flotila, Yasemin Acar pula menegaskan tujuan mereka hanya satu iaitu sampai ke Gaza.
“Cuaca buruk, kami dibom dan beberapa kali dihalang, namun semangat tetap tinggi.
“Kami kekal berada di sini kerana semua sedar Gaza memerlukan bantuan ini, dan kami tidak akan berputus asa.
“Kami akan terus mara. Ketika ini terdapat lebih 40 kapal dengan ratusan aktivis dari seluruh dunia. Terus menuju Gaza dengan penuh semangat,” katanya.
Acar berkata mereka memerlukan kira-kira tiga hari lagi untuk tiba ke Gaza dan sepanjang perjalanan menerima pelbagai ancaman daripada Israel.
“Kenapa Israel mahu halang flotila ini? Kami bawa bantuan kemanusiaan, bukan senjata.
“Kami bukan ancaman, sebaliknya Israel yang menjadi bahaya, bukan sahaja kepada Gaza tetapi juga dunia.
“Mereka takut kerana melihat sokongan yang begitu ramai dan kerana kami berjaya menggerakkan dunia,” katanya lagi.
Bulan Sabit Merah Türkiye bersama pihak berkuasa lain turut menggerakkan operasi pemindahan penumpang dari kapal yang bermasalah, yang membawa warga dari Luxembourg, Perancis, Finland, Mexico dan Malaysia.
Dalam satu kenyataan di Instagram, flotila berkenaan menekankan operasi pemindahan berjalan lancar hasil koordinasi pantas kerajaan Türkiye dan sokongan Bulan Sabit Merah Türkiye sepanjang proses itu.
Global Sumud Flotilla, melibatkan puluhan kapal telah berlayar menuju Gaza selama beberapa hari dengan membawa muatan besar bantuan kemanusiaan khususnya bekalan perubatan, menjadikannya flotila terbesar yang pernah belayar ke Gaza setakat ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager