PERINTAH PENUTUPAN OLEH ISRAEL JEJASKAN PENDIDIKAN 800 PELAJAR PALESTIN DI BAITULMUQADDIS TIMUR – PBB
Pihak berkuasa Israel mengarahkan sekolah-sekolah di Kem Pelarian Shu’fat ditutup selewat-lewatnya 8 Mei atas alasan tidak memiliki lesen sah. Di bawah perintah itu, semua individu termasuk pengetua, guru dan kakitangan lain dilarang memasuki premis sekolah.
Gambar fail menunjukkan seorang pelajar berjalan melalui pintu masuk sekolah UNRWA di kem pelarian Shuafat di timur Baitulmaqdis. (AFP)
ANKARA: Perintah penutupan enam sekolah yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki Israel berisiko menafikan hak pendidikan kepada kira-kira 800 pelajar Palestin, menurut Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Pihak berkuasa Israel mengarahkan sekolah-sekolah di Kem Pelarian Shu’fat ditutup selewat-lewatnya 8 Mei atas alasan tidak memiliki lesen sah. Di bawah perintah itu, semua individu termasuk pengetua, guru dan kakitangan lain dilarang memasuki premis sekolah.
“Perintah ini melanggar tanggungjawab Israel di bawah undang-undang antarabangsa,” menurut UNRWA dalam kenyataan.
Pada Selasa, satu delegasi bersama melibatkan 12 rakan UNRWA melawat kem itu sebagai tanda sokongan antarabangsa menentang penutupan itu dan bagi mendengar sendiri pandangan pelajar, ibu bapa dan guru mengenai situasi semasa.
“Sekolah-sekolah UNRWA di Shu’fat telah menjadi sebahagian daripada struktur sosial kem itu selama beberapa dekad, membolehkan kanak-kanak menikmati pendidikan berkualiti berhampiran kediaman mereka,” kata agensi itu.
“Anak-anak perempuan kini bimbang impian mereka untuk menjadi doktor atau ahli sains musnah sekiranya mereka kehilangan akses kepada pendidikan,” katanya.
Perintah penutupan itu dilihat sebagai sebahagian daripada kempen lebih luas oleh Israel terhadap UNRWA dan mandatnya dalam memberikan perkhidmatan kepada pelarian Palestin.
Pada Oktober 2024, Knesset (parlimen) Israel meluluskan dua undang-undang yang melarang operasi UNRWA di Israel dan wilayah yang didudukinya serta menghalang sebarang hubungan pihak berkuasa Israel dengan agensi itu. Undang-undang itu berkuat kuasa pada 30 Jan.
Israel mendakwa kakitangan UNRWA terlibat dalam insiden 7 Okt 2023, satu tuduhan yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh agensi PBB itu.
Ditubuhkan pada 1949, UNRWA menjadi talian hayat penting bagi pelarian Palestin dengan memberi bantuan kepada hampir 5.9 juta orang di Gaza, Tebing Barat, Jordan, Syria dan Lubnan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager