PERMOHONAN AHMAD ZAHID DAPATKAN PASPORT SECARA KEKAL DIBENARKAN
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berjaya memperoleh pasport antarabangsa dan diplomatik secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara.
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berjaya memperoleh pasport antarabangsa dan diplomatik secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk mendapatkan pasport secara kekal selepas berpuas hati bahawa permohonan itu mempunyai merit.
“Mahkamah telah meneliti afidavit dan hujahan bertulis dikemukakan pemohon (Ahmad Zahid). Perintah yang dipohon dibenarkan oleh mahkamah,” kata Hanipah yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Lim Chong Fong.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya tidak membantah permohonan yang difailkan Ahmad Zahid menerusi peguamnya Datuk Hisyam Teh Poh Teik.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memfailkan permohonan baharu di Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Feb lepas menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan hanya membenarkan pelepasan sementara pasport itu bagi Ahmad Zahid memohon pasport diplomatik dan seterusnya menyerahkan semula kedua-dua pasport itu kepada mahkamah, setelah segala urusan permohonan diplomatik selesai.
Pasport itu sebelum ini diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan selepas beliau didakwa atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, melibatkan dana Yayasan Akalbudi, yang kini di peringkat pembelaan.
Berdasarkan notis usul yang difailkan pada 13 Feb lepas, Ahmad Zahid, 70, memohon pelepasan pasport dipertimbangkan dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan supaya pasport tersebut dapat dilepaskan secara penuh dan kekal, dengan apa-apa syarat sewajarnya yang dikenakan oleh mahkamah itu.
Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal.
Beliau berkata keputusan itu bakal memprejudiskan hak dan tanggungjawabnya sebagai individu, yang berada dalam barisan kepimpinan negara kerana perlu memohon secara rasmi di mahkamah, setiap kali perlu ke luar negara atas urusan kerja
“Sebagai seorang individu yang menjawat antara jawatan tertinggi dalam negara, ia dilihat tidak praktikal dan rumit untuk saya memohon ke mahkamah setiap kali ingin melakukan tugasan ke luar negara.
“Oleh itu, wajar bagi Mahkamah Rayuan mempertimbangkan bahawa kelulusan permohonan itu bakal memberi kebaikan dan kelangsungan terhadap pentadbiran negara, yang menjadi tanggungjawab setiap individu rakyat Malaysia,” katanya dalam afidavit sokongan.
Ahmad Zahid menyatakan bahawa permohonan itu sama sekali tidak bersifat mala fide (niat jahat) atau prejudis terhadap mana-mana pihak, kerana beliau mengaku janji untuk tetap memberi kerjasama penuh dalam menyelesaikan kes (rasuah) sehingga ke peringkat akhir pembelaan.
Hisyam ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata, anak guamnya berjaya mendapatkan semula pasport antarabangsa dan diplomatik secara kekal dan berikutan keputusan hari ini, Ahmad Zahid hanya tertakluk kepada jaminan RM2 juta tanpa syarat tambahan lain. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked