IPOH: Pesara guru yang tinggal dalam timbunan sampah di rumahnya di Taman Bersatu, Simpang Pulai bakal berdepan dengan tindakan mahkamah.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan memfailkan kes mahkamah terhadap bekas guru tersebut pada Oktober ini dan tindakan itu dibuat hasil perbincangan dengan penasihat undang-undang MBI.
“Pihak MBI menerima aduan mengenai tindakan warga emas ini yang menyimpan sampah di rumahnya sejak tahun 2017 lagi.
“Aduan terakhir diterima pada 28 April dan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Perkhidmatan Bandar, Landskap & Aduan Awam MBI pada bulan Ogos lalu telah diputuskan untuk diambil tindakan mahkamah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media pada Operasi Sanitasi Awam Premis Makanan Mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sekitar Pusat Perniagaan Greentown, di Ipoh, hari ini.
Menurut Rumaizi, sehingga kini lebih 10 aduan diterima termasuk melalui surat menyurat dan aplikasi WhatsApp dengan tiga kali kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh MBI termasuk satu yang dibuat sendiri oleh pemilik kediaman tersebut.
Katanya, MBI juga telah mengeluarkan Notis Mengkehendaki Kacau Ganggu Dihapuskan kepada individu berkenaan sebanyak enam kali, selain mengenakan kompaun berjumlah RM250.
Sementara itu, kerajaan negeri Perak akan mencari kaedah terbaik membantu pesara guru terbabit untuk menjalani kehidupan lebih sihat dengan tidak meneruskan lagi hobinya mengutip sampah.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, pihaknya akan berbincang bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan MBI bagi membantu membersihkan persekitaran rumah serta mengadakan sesi kaunseling kepada wanita itu.
“Selain membantu membersihkan rumah terbabit, kita juga dalam perancangan untuk mengesan dan berjumpa dengan ahli keluarga serta anak-anaknya yang difahamkan tinggal di Ipoh dan Kuala Lumpur.
“Dalam keadaan semasa dengan peningkatan kes Covid-19 ketika ini, adalah tidak sesuai bagi dia merayau-rayau mencari sampah. Kita juga bimbang kesan aktiviti ini kepada komuniti,” katanya.
Wanita berusia 63 itu yang dipercayai mempunyai masalah mental sebelum ini tular ekoran rumahnya yang dipenuhi sampah.
Longgokkan sampah yang membukit itu telah menutupi pintu rumah dua tingkat miliknya dan menimbulkan rasa kurang senang jiran berdekatan yang bimbang jangkitan penyakit. — AlHijrah Online / Hamimah Hamid
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked