KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini umum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang, Selangor serta Sandakan, Papar dan Tuaran, Sabah.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan keputusan itu susulan peningkatan kes di kawasan terlibat yang kini telah diklasifikasikan sebagai zon merah.
“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini turut mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan situasi di beberapa kawasan yang baru diklasifikasikan sebagai zon merah di Sabah dan Selangor kerana mempunyai lebih 40 kes positif COVID-19. Kawasan-kawasan tersebut adalah Sandakan, Papar, Tuaran serta di Klang.
“Melihat kepada peningkatan kes COVID-19 di kawasan-kawasan tersebut, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPB bermula 9 Oktober 2020,” katanya dalam sidang media hari ini.
Jelas Ismail Sabri pelaksanaan PKPB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.
Tambahnya pergerakan keluar masuk di ke empat kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan kecuali melibatkan perkhidmatan perlu termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan.
Ujangnya lagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terlibat di kawasan tersebut.
Menurut Ismail Sabri antara SOP yang ditetapkan sepanjang tempoh PKPB adalah seperti berikut:
Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan untuk keluar bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan/keperluan rumah.
Perniagaan Bukan Perkhidmatan Perlu (Non Essential Service) hendaklah ditutup.
Restoran, kedai makan, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 6.00 petang.
Pembelian makanan hanya menggunakan kaedah pandu lalu, penghantaran (delivery) dan take-away sahaja.
Waktu operasi stesen minyak antara 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
Operasi pasar harian adalah antara hingga 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
Operasi pasar malam, tamu, pasar borong, dan pasar tani adalah tidak dibenarkan.
Waktu operasi klinik dan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.
Kenderaan yang membawa barangan keperluan (essential) dibenarkan keluar masuk dengan mendapatkan kebenaran PDRM terlebih dahulu.
Perkhidmatan teksi/e-hailing (maksimum 2 penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja.
Perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.
Bagi kes kecemasan adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak berkuasa.
Penduduk yang bekerja tidak dibenarkan keluar dari kawasan dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPB.
Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja bercuti atau bekerja dari rumah.
Kebenaran untuk bekerja hanya bagi Perkhidmatan Perlu (essential service) dengan kelulusan PDRM.
Masjid, Surau, rumah ibadat bukan islam, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, Sekolah, Tadika, Taska, Pusat Tahfiz, Pusat Jagaan Kanak – Kanak adalah ditutup.
Semua Aktiviti Sukan, Rekreasi, sosial, dan budaya adalah tidak dibenarkan.
Katanya bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat.
Penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa. — AlHijrah Online / Zaim Zamani
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests