Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL TAHAN 100 AKTIVIS SELEPAS PINTAS FLOTILA MENUJU GAZA

UTAMA

ISRAEL TAHAN 100 AKTIVIS SELEPAS PINTAS FLOTILA MENUJU GAZA

Berdasarkan ‘tracker’ Sumud Nusantara Official, empat kapal dinaiki tujuh peserta Malaysia turut dipintas dengan status mereka masih menunggu pengesahan Sumud Nusantara Command Center (SNCC).

PERAIRAN ANTARABANGSA: Kira-kira 100 aktivis dilaporkan ditahan selepas pihak Israel memintas kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2026 yang sedang menuju ke Gaza di perairan antarabangsa.

Operasi itu dilakukan pada siang hari selepas empat kapal perang Israel mengepung armada berkenaan dan mengarahkan semua anak kapal mematikan enjin.

“Kapal tentera kini sedang memintas armada dan pasukan Israel sedang menaiki bot pertama kami,” kata kumpulan itu dalam sebuah video klip yang dimuat naik di media sosial.

Berdasarkan ‘tracker’ Sumud Nusantara Official, empat kapal dinaiki tujuh peserta Malaysia turut dipintas dengan status mereka masih menunggu pengesahan Sumud Nusantara Command Center (SNCC).

Antara peserta Malaysia yang terlibat ialah Zainal Rashid Ahmad, Mohammad Shazly Mohammad Shees, Tengku Ahmad Taufik Tengku Noor Zahari, Patmanathan Sivasamy, Muhammad Amirul Afif Mohd Azhar, Syakirin Muhamed Senin, dan Muhamad Muhsin Zaidi.

Sementara itu, Media Israel melaporkan bahawa aktivis yang ditahan akan dibawa ke Ashdod iaitu pelabuhan terbesar negara itu.

Tambahnya, operasi untuk mengambil alih keseluruhan kapal dalam armada tersebut dijangka mengambil masa beberapa jam dan berkemungkinan berlanjutan sehingga hari berikutnya.

Seorang aktivis menerusi panggilan satelit memaklumkan baki kapal dalam misi itu akan meneruskan pelayaran ke Semenanjung Gaza meskipun operasi ketenteraan sedang berlangsung.

Konvoi kemanusiaan yang membawa ratusan sukarelawan itu sebelum ini berlepas dari Marmaris, Turkiye pada Khamis lalu dalam usaha menembusi sekatan yang dilaksanakan Israel sejak 2007.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading