Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KP JAKIM MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

KP JAKIM MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya menghembuskan nafas terakhirnya hari ini kira-kira jam 1 tengah hari tadi di Hospital Sungai Buloh.

Berdasarkan maklumat diterima AlHijrah Online, jenazah akan dibawa ke kediamannya di Kuang untuk pengebumian.

Berdasarkan laporan sebelum ini Paimuzi telah menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 pada Selasa 6 Oktober 2020 di Hospital Sungai Buloh dan keputusan didapati negatif.

Pun begitu, memandangkan faktor sejarah kesihatan beliau yang kurang memuaskan, maka pihak hospital mencadangkan supaya beliau ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan susulan.

LAGI MENYUSUL— AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading