JAWI SARAN QUNUT NAZILAH SELEPAS SOLAT JUMAAT DOA DIHINDARKAN COVID-19

GAMBAR KREDIT: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan semua masjid, surau Jumaat dan surau diri Jumaat sementara di seluruh Wilayah Persekutuan membaca Qunut Nazilah ketika solat fardhu Jumaat pada 9 Oktober 2020.

Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail berkata amalan itu bagi memohon kepada Allah SWT agar penduduk Wilayah Persekutuan dan Malaysia dihindarkan dari wabak COVID-19.

“Qunut nazilah juga digalakkan dibuat ketika solat Subuh pada setiap hari di masjid dan surau,” katanya.

Semalam JAWI turun menyarankan semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat hajat selepas solat Maghrib selama tiga hari berturut-turut pada 7, 8, dan 9 Oktober 2020. — AlHijrah Online / Zaim Zamani

Leave a Reply