Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESAWAT RINGAN TERGELINCIR SEMASA LATIHAN

DALAM NEGARA

PESAWAT RINGAN TERGELINCIR SEMASA LATIHAN

Seorang pelatih yang sedang menjalani latihan penerbangan berdepan detik cemas, apabila pesawat ringan yang dipandunya hilang kawalan semasa mendarat.

Sumber Gambar: Media Sosial

MELAKA: Seorang pelatih yang sedang menjalani latihan penerbangan berdepan detik cemas, apabila pesawat ringan yang dipandunya hilang kawalan semasa mendarat.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata kejadian tersebut dilaporkan berlaku sekitar 12.16 tengah hari tadi, di landasan RWY 21 Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam .

“Pesawat itu dikendalikan oleh pelatih wanita berusia 23 tahun dan melibatkan sebuah pesawat International Aero Training Academy Sdn Bhd (IATAC) jenis Piper 28, dalam latihan penerbangan sebelum ia hilang kawalan semasa mendarat di RWY 21.

“Tindakan telah diambil di Post 1 untuk ketibaan ambulans,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

“Jelasnya pesawat tersebut berjaya dikeluarkan sepenuhnya dari lokasi pada 12.50 tengah hari, manakala juruterbang dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, kecuali hanya merasa sakit di bahagian dada akibat kesan hentakan dan  dihantar ke Hospital Melaka,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, masih belum ada laporan polis secara rasmi dibuat kepada pihak polis.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading