PROSES PENGURUSAN MAYAT MANGSA NAHAS PESAWAT TERHEMPAS DIJANGKA SELESAI ISNIN – KPN
KLANG: Proses pengurusan mayat mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam semalam dijangka selesai seawal Isnin ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain bercakap pada sidang media berkaitan nahas pesawat terhempas di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang hari ini. – Bernama
KLANG: Proses pengurusan mayat mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam semalam dijangka selesai seawal Isnin ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata berdasarkan maklumat yang diterima daripada Jabatan Kimia, proses pengecaman ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada cebisan mayat (human remains) yang dilaksanakan di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan.
“Kita mengambil human remains ini ada yang tinggal badan, ada yang kepala sahaja, ada yang cebisan mengikut unit forensik. Ada lebih kurang 200 cebisan jadi ia memakan masa untuk ambil dan memadankan DNA hingga hari Isnin,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Forensik HTAR hari ini.
Justeru, beliau menasihati para waris untuk tidak lagi menunggu di pekarangan Jabatan Forensik itu dan pihaknya akan menghubungi mereka jika segala urusan selesai.
“Keluarga tidak perlu tunggu di sini, nanti sakit pula kerana cuaca panas. Pihak kita dan hospital akan telefon beritahu apabila sudah selesai, jadi boleh datang untuk tengok dan sebagainya atau nak sembahyangkan, insya-Allah kita akan uruskan,” katanya.
Selain itu, Razarudin berkata polis akan menyediakan khidmat pengiring dari sempadan ke sempadan bagi memudahkan pengurusan jenazah mangsa yang akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing.
“Dengan pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, kita telah berbincang tadi mereka akan permudahkan semua urusan daripada mandi, solat dan kereta jenazah pun telah disediakan sebanyak 10 buah, pihak polis akan sediakan pengiring border to border daripada pihak trafik,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Razarudin memaklumkan laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dibuka bermula 3 petang ini selepas pembersihan sisa pesawat di atas jalan raya selesai.
Nahas pesawat itu mengakibatkan 10 individu maut.
Lapan yang meninggal dunia terdiri daripada enam penumpang dan dua juruterbang pesawat ringan itu, manakala dua lagi ialah orang awam, masing-masing merupakan penunggang motosikal dan pemandu kereta yang berada di kawasan nahas.
Ketika kejadian, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat di lapangan terbang pada 2.48 petang. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests