Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MB SELANGOR ANGKAT SUMPAH ISNIN 21 OGOS

DALAM NEGARA

MB SELANGOR ANGKAT SUMPAH ISNIN 21 OGOS

Menteri Besar Selangor dan barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) negeri baharu akan mengangkat sumpah jawatan di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, pada Isnin 21 Ogos.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor dan barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) negeri baharu akan mengangkat sumpah jawatan di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, pada Isnin 21 Ogos.

Dalam satu kenyataan Selangor Royal Office, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor pada jam 11 pagi.

“Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Selangor juga akan berlangsung pada hari yang sama, jam 2 petang,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) telah memenangi 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 di Selangor, Sabtu lalu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading