Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM DIJANGKA JAWAB ISU DNAA DI DEWAN RAKYAT ESOK

DALAM NEGARA

PM DIJANGKA JAWAB ISU DNAA DI DEWAN RAKYAT ESOK

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menjawab persoalan mengenai keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat, esok.

Gambar fail Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim – Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menjawab persoalan mengenai keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat, esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Anwar mungkin akan menjawab persoalanan itu pada pukul 2.30 petang.

“Kota Bharu (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) bertanyakan sama ada Perdana Menteri akan menjawab. Tuan punya badan ada di sini, buat tangan ‘good‘ itu dia (Anwar) akan jawab esok, Insya-Allah pukul 2.30 hingga 3 petang.

“Jadi soalan-soalan itu boleh tanya kepada Perdana Menteri, tetapi komitmen daripada kita akan menentukan bahawa kita perlu berlaku adil,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Azalina berkata demikian ketika menjawab soalan Takiyuddin sama ada Perdana Menteri akan menjawab isu DNAA Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan melibatkan Yayasan Akalbudi itu di Dewan Rakyat. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading