Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA ANGGOTA TENTERA CEDERA KERETA TERJATUH DALAM GAUNG

DALAM NEGARA

DUA ANGGOTA TENTERA CEDERA KERETA TERJATUH DALAM GAUNG

Dua anggota tentera cedera apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 4.5 meter di Jalan Pahang dekat Tapah, hari ini.

Sumber Gambar: Media Sosial

IPOH: Dua anggota tentera cedera apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 4.5 meter di Jalan Pahang dekat Tapah, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata Balai Bomba dan Penyelamat Tapah menerima panggilan pada 9.50 pagi tadi sebelum dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian didapati mangsa lelaki yang memandu Perodua Myvi cedera parah dan patah kaki kiri, manakala penumpang lelaki di bahagian depan cedera ringan dan mengalami patah tangan kiri,” katanya.

Sabarodzi berkata anggota tentera terbabit yang tersepit berjaya dikeluarkan dari kenderaan dan dibawa keluar dari lokasi kejadian.

“Mereka kemudian dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading