Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS BURU LELAKI CONTENG TEMBOK MASJID, HINA NABI

DALAM NEGARA

POLIS BURU LELAKI CONTENG TEMBOK MASJID, HINA NABI

Selepas meneliti rakaman video yang diberi pengadu, didapati lelaki tersebut bertindak menconteng tembok masjid dengan perkataan menghina agama Islam termasuk Nabi Muhammad SAW.

SUNGAI PETANI: Polis sedang memburu seorang lelaki bertindak menconteng tembok pagar Masjid Andalusia Bandar Laguna, Merbok di sini, dengan tulisan mempersendakan agama Islam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang dipercayai berlaku pagi semalam.

“Selepas meneliti rakaman video yang diberi pengadu, didapati lelaki tersebut bertindak menconteng tembok masjid dengan perkataan menghina agama Islam termasuk Nabi Muhammad SAW.

“Namun tulisan itu telah dipadamkan dan dinding tersebut telah dicat semula,” katanya hari ini.

Zaidy meminta orang awam untuk tidak membuat andaian yang boleh menganggu sensitiviti masyarakat pelbagai kaum di negara.

Bagaimanapun motif kejadian itu masih disiasat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading