Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEPALA KANAK-KANAK TERSANGKUT JERIJI PINTU

DALAM NEGARA

KEPALA KANAK-KANAK TERSANGKUT JERIJI PINTU

Bomba berjaya menyelamatkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun selepas kepalanya tersangkut di jeriji pintu rumah di sebuah rumah di Bandar Puncak Alam, di sini hari ini.

KUALA SELANGOR: Bomba berjaya menyelamatkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun selepas kepalanya tersangkut di jeriji pintu rumah di sebuah rumah di Bandar Puncak Alam, di sini hari ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Zulfikar Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 1.22 petang sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati kepala kanak-kanak berusia tiga tahun telah tersangkut di jeriji pintu utama rumah itu.

“Bomba bertindak merenggangkan besi jeriji tersebut dan melepaskan kepala mangsa dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi menyelamatkan mangsa dianggarkan kira-kira 25 minit dan mangsa diserahkan kepada ibunya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading