Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JANGAN JADIKAN MASJID, SURAU DI NEGERI SEMBILAN PENTAS CERAMAH POLITIK

DALAM NEGARA

JANGAN JADIKAN MASJID, SURAU DI NEGERI SEMBILAN PENTAS CERAMAH POLITIK

Kerajaan Negeri Sembilan mengingatkan ahli politik supaya tidak menjadikan masjid dan surau di negeri ini sebagai pentas untuk berceramah politik, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Gambar ARKIB. Sumber BERNAMA

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengingatkan ahli politik supaya tidak menjadikan masjid dan surau di negeri ini sebagai pentas untuk berceramah politik, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata ia bagi memastikan institusi berkenaan tidak disalah guna selain menjaga keharmoniannya, sekali gus memelihara kesucian agama Islam.

Katanya larangan ke atas mana-mana ahli politik atau wakil rakyat daripada menggunakan masjid sebagai ‘tapak’ ceramah juga sudah lama dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

“Kita ingatkan mereka yang datang berceramah ke sini, tidak boleh berceramah politik, kena hati-hati, kita tak nak perkara ini merosakkan institusi masjid. Kalau nak berceramah, buatlah ceramah umum di luar…janganlah kacau masjid dan surau.

“Wakil rakyat kita tak ada ceramah di masjid, kita hormat, dulu ada wakil rakyat yang baca khutbah tapi kita dah maklumkan tak dibenarkan dia baca khutbah. Kita tak mahu ada ucapan politik dalam masjid, itu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata tiada sekatan bagi penceramah tertentu untuk mengadakan ceramah di negeri ini setakat ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata semua pihak perlu menghormati dan akur terhadap arahan pihak berkuasa agama negeri mengenai larangan ahli politik menyampaikan kuliah atau ceramah politik di masjid dan surau.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading