Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS KESAN INDIVIDU MAIN MERCUN HINGGA MENYEBABKAN KECEDERAAN

DALAM NEGARA

POLIS KESAN INDIVIDU MAIN MERCUN HINGGA MENYEBABKAN KECEDERAAN

Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera dalam kejadian di Kampung Changkat, Gombak, di sini pada 31 Mac lepas.

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera dalam kejadian di Kampung Changkat, Gombak, di sini pada 31 Mac lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad berkata pihaknya mengesan rakaman video kejadian berkenaan yang tular sejak semalam memaparkan sekumpulan individu bermain mercun dengan menghalakan ke sebuah rumah.

“Hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 12.05 tengah malam pada 31 Mac lepas menyebabkan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 19 dan 24 tahun cedera di paha dan telinga,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya usaha mengesan suspek masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435/324 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Insp Nur Atikah Adnan di talian 018-3648044 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading