Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SIASAT DAKWAAN GURU DORONG PELAJAR PELUK AGAMA ISLAM

DALAM NEGARA

POLIS SIASAT DAKWAAN GURU DORONG PELAJAR PELUK AGAMA ISLAM

Polis membuka kertas siasatan berhubung kes wanita tidak berpuas hati terhadap guru di sebuah sekolah menengah yang dikatakan mendorong seorang pelajar lelaki untuk memeluk agama Islam.

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung kes wanita tidak berpuas hati terhadap guru di sebuah sekolah menengah yang dikatakan mendorong seorang pelajar lelaki untuk memeluk agama Islam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata wanita yang juga ibu kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun itu telah membuat laporan polis semalam.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan suasana tidak harmoni atas alasan-alasan agama dan awam serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam.

“Sehingga kini, beberapa orang saksi telah dirakam percakapan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini. Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zam Halim berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading