Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GEMPA BUMI: ANGKA KORBAN DI TURKIYE SUDAH MELEPASI 12,000

DUNIA

GEMPA BUMI: ANGKA KORBAN DI TURKIYE SUDAH MELEPASI 12,000

Jumlah korban dalam dua gempa bumi kuat yang melanda selatan Türkiye sudah melepasi 12,000.

Sumber Gambar: AFP

WASHINGTON: Jumlah korban dalam dua gempa bumi kuat yang melanda selatan Türkiye sudah melepasi 12,000, lapor Agensi Anadolu memetik sebuah agensi kerajaan pada Khamis.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana (AFAD) Türkiye seramai 12,391 orang terbunuh manakala 62,914 yang lain cedera dalam gempa bumi yang berlaku pada Isnin dan berpusat di wilayah Kahramanmaras. 

Wilayah lain di selatan dan timur Türkiye yang turut terjejas ialah Gaziantep, Hatay, Osmaniye, Adiyaman, Malatya, Sanliurfa, Adana, Diyarbakir dan Kilis.

Lebih 6,000 bangunan runtuh dalam gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter itu.

“Kami telah menggerakkan semua sumber yang ada. Negeri ini bekerjasama dengan majlis perbandaran terutamanya AFAD,” kata Presiden Recep Tayyip Erdogan ketika meninjau misi bantuan di Kahramanmaras pada Rabu.

Lebih 13 juta orang turut terjejas akibat gempa bumi itu.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan akan menyampaikan bantuan kilat awal minggu depan untuk menyokong keperluan kemanusiaan di Turkiye, kata Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres selepas menandatangani buku takziah di Rumah Turki di New York pada Rabu.

Guterres bertemu dengan Duta Turki ke PBB Feridun Sinirlioglu bagi menyampaikan ucapan takziah.

Beliau berkata PBB juga telah menghantar ketua bantuan kecemasan Martin Griffiths ke Turkiye.

”Martin Griffiths berada di Gaziantep. Beliau juga akan ke Aleppo dan kami cuba sebaik mungkin untuk menggerakkan bantuan PBB,” kata Guterres.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading