Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KERAJAAN MAHU KURANGKAN BEBAN RAKYAT TANPA PENGELUARAN KWSP

DALAM NEGARA

KERAJAAN MAHU KURANGKAN BEBAN RAKYAT TANPA PENGELUARAN KWSP

Kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan beban rakyat tanpa melibatkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sumber Gambar: PMO

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan beban rakyat tanpa melibatkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat perlu sedar bahawa pengeluaran wang KWSP boleh menjejaskan simpanan mereka bagi kegunaan selepas bersara.

Ujarnya, kerajaan tidak ada halangan untuk rakyat mengeluarkan wang KWSP kerana ianya milik pencarum sendiri.

“Pencarum yang hendak keluar KWSP kena fikir apa pilihan kita (sedangkan) dalam (simpanan KWSP) tinggal RM10,000 atau RM5,000.

“Kalau pencen empat tahun lagi, apa hendak jadi (jika tiada simpanan), biarlah pengeluaran ini membantu pada masa akan datang,” katanya seperti dilapor media semasa menghadiri Majlis Syarahan Reformasi Pendidikan untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di Dewan Canselor, Universiti Selangor (UNISEL), Bestari Jaya.

Anwar bagaimanpun memaklumkan kerajaan perlu memperhalusi dari semua aspek sebelum meluluskan sebarang proses pengeluaran KWSP.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading