Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN LELAKI DISYAKI BUNUH BAPA

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN LELAKI DISYAKI BUNUH BAPA

Polis menahan seorang lelaki disyaki membunuh bapanya dalam satu pergaduhan di hadapan rumah di Taman D’Ambang Kota, Lukut, Port Dickson, pada 1.20 pagi tadi

SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki disyaki membunuh bapanya dalam satu pergaduhan di hadapan rumah di Taman D’Ambang Kota, Lukut, Port Dickson, pada 1.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata polis menerima maklumat kejadian itu daripada suspek lelaki berusia 26 tahun itu pada 12.45 tengah malam.

Katanya hasil siasatan mendapati sebelum kejadian, mangsa dalam keadaan mabuk telah bergaduh dan memukul suspek.

“Dia memaklumkan bapanya tidak sedarkan diri di hadapan rumah. Punca kejadian dipercayai suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang mengeluarkan perkataan kesat dan membuat bising.

Aidi Sham berkata Pembantu Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Bukit Pelandok ke lokasi dan mengesahkan kematian mangsa berusia 49 tahun itu pada 1.15 minit pagi.

Katanya pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing adalah negatif.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading