Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI PUTUS KAKI DALAM NAHAS EMPAT KENDERAAN

DALAM NEGARA

LELAKI PUTUS KAKI DALAM NAHAS EMPAT KENDERAAN

Seorang lelaki putus kedua-dua belah kaki selepas lori muatan tanah dipandunya melanggar belakang sebuah treler tanpa muatan serta sebuah kereta sebelum terbalik di Jalan Pintasan Kuantan dekat Semambu, di sini hari ini.

KUANTAN: Seorang lelaki putus kedua-dua belah kaki selepas lori muatan tanah dipandunya melanggar belakang sebuah treler tanpa muatan serta sebuah kereta sebelum terbalik di Jalan Pintasan Kuantan dekat Semambu, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa berusia 55 tahun cedera parah dalam kemalangan berlaku kira-kira jam 12.15 tengah hari melibatkan empat buah kenderaan.

Kejadian tersebut juga melibatkan seorang lelaki yang memandu kereta Perodua Viva berusia 29 tahun mengalami luka di beberapa bahagian badan manakala pemandu treler dan sebuah lagi kereta jenis Perodua Axia tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika keempat-empat kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah Semambu menghala ke Gambang.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, lori tanah dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar belakang treler dan Perodua Viva sebelum terbalik melintang jalan,” katanya seperti dilapor media.

Tambah Wan Mohd Zahari, treler yang dilanggar lori mangsa menggelongsor sebelum melanggar Perodua Axia yang bergerak perlahan di hadapannya.

“Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan dirawat di wad kecemasan (zon merah) dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading