Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI ROHINGYA MENGAKU TIDAK BERSALAH SEBABKAN KEMATIAN PENUNGGANG MOTOSIKAL

JENAYAH

LELAKI ROHINGYA MENGAKU TIDAK BERSALAH SEBABKAN KEMATIAN PENUNGGANG MOTOSIKAL

Seorang lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di Kampung Rusila minggu lalu.

Marang: Seorang lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di Kampung Rusila minggu lalu.

Tertuduh, Shah Dullah Abul Hashim, 20, yang tidak bekerja, didakwa memandu sebuah Proton Saga secara berbahaya sehingga terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal Yamaha RXZ yang ditunggang Saifullah Isyraf Shamsudin, 27, mengakibatkan mangsa maut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kilometer 12.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Rusila pada jam 6 petang, 27 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Maisarah Abdul Razak, manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Ramlan Taib.

Majistret Nur Athirah Hashim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh juga diarahkan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 8 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in JENAYAH

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading