Connect with us

ALHIJRAH NEWS

REMAN REMAJA PANDU MELULU DILANJUT HINGGA RABU

JENAYAH

REMAN REMAJA PANDU MELULU DILANJUT HINGGA RABU

Reman terhadap seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Renggam–Simpang Renggam minggu lalu, yang mengorbankan lima individu, disambung selama dua hari lagi sehingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

MUAR: Reman terhadap seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Renggam–Simpang Renggam minggu lalu, yang mengorbankan lima individu, disambung selama dua hari lagi sehingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah sambungan reman itu dikeluarkan Majistret Mustaqim Sukarno di Mahkamah Majistret Muar selepas tempoh reman terdahulu selama empat hari berakhir hari ini.

Suspek merupakan pelajar sebuah universiti di Singapura.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata, lanjutan reman diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung insiden berkenaan.

“Siasatan sebelum ini iaitu mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 masih diteruskan berdasarkan video yang tular yang membabitkan suspek memandu laju dan melulu,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Beliau berkata, siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 turut diteruskan susulan penularan rakaman video yang menunjukkan suspek memandu secara laju dan melulu.

Pada Selasa lalu, suspek pertama kali direman selama dua hari di Mahkamah Majistret Batu Pahat mengikut Seksyen 42(1) akta sama sebelum tempoh reman itu dilanjutkan sehari lagi di Mahkamah Majistret Kluang.

Bagaimanapun, selepas tempoh reman berkenaan tamat, suspek ditahan semula oleh polis pada Khamis di Mahkamah Sesyen Kluang mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

Dalam kemalangan itu, empat anggota sebuah keluarga iaitu Semek Mat Soh, 73, Nor Azlina Latil, 33, Aiman Mohd Rashid, 36, dan Nur Airish Syifa Sidek maut, selain abang kepada suspek berusia 22 tahun yang memandu kereta BMW 530e turut terkorban. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in JENAYAH

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading