POLIS TAHAN SEMBILAN LELAKI CUBA TEROKA REE DI SIK
Kesemua yang berusia antara 30-an hingga 60-an itu telah didakwa di bawah Seksyen 47(1) Akta Perhutanan Negara 1984 kerana memasuki hutan simpan tanpa permit serta Seksyen 55B, Seksyen 39B, Seksyen 6(1)c dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 bagi beberapa kesalahan imigresen di Mahkamah Baling, hari ini.
ALOR SETAR: Polis menahan sembilan lelaki tempatan dan warga asing yang cuba meneroka unsur nadir bumi (REE) di kawasan Kompartment 35, Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik pada 14 Sept lepas.
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata kesemua yang berusia antara 30-an hingga 60-an itu telah didakwa di bawah Seksyen 47(1) Akta Perhutanan Negara 1984 kerana memasuki hutan simpan tanpa permit serta Seksyen 55B, Seksyen 39B, Seksyen 6(1)c dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 bagi beberapa kesalahan imigresen di Mahkamah Baling, hari ini.
“Pada 14 Sept, polis bersama pasukan dari Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah menjalankan Op Bersepadu di sekitar kawasan hutan simpan di Sik dan telah menahan tiga kenderaan di kawasan Kompartment 35.
“Turut ditahan empat lelaki tempatan, empat lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki warga China yang berada di situ. Siasatan awal mendapati, mereka sedang mencari lokasi untuk penerokaan REE,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua lelaki itu gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran untuk meneroka sumber REE di kawasan berkenaan, selain tidak mempunyai surat kebenaran untuk memasuki Hutan Simpan Rimba Teloi.
“Lima warga asing ini masuk ke negara menggunakan pas kerja, bagaimanapun pas kerja berkenaan bukan untuk bekerja di Kedah, jadi mereka telah menyalahgunakan pas kerja berkenaan.
“Kita percaya, mereka telah masuk ke kawasan berkenaan sejak empat bulan lepas untuk mencari REE. Kerja-kerja yang dilakukan masih diperingkat awal dan ia tidak ada kena mengena dengan REE di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Fisol berkata polis menahan seorang lelaki tempatan bersama lapan individu warga Myanmar, di Changlun pada Rabu lepas, sekali gus berjaya menumpaskan satu aktiviti penyeludupan migran.
“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu dan Balai ICQS (Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan) Bukit Kayu Hitam telah menahan sebuah kereta jenis Perodua Axia di Taman Hosba, Changlun pada 5 petang.
“Semakan mendapati, seorang lelaki tempatan dipercayai tekong berada di dalam kereta berkenaan bersama tiga wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki warga Myanmar, kesemuanya berusia antara lima hingga 37 tahun yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.
“Hasil maklumat, kira-kira 5.45 petang hari sama, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga Myanmar di kawasan kebun getah Kampung Cherok Mokan, Changlun yang disyaki menjadi transit untuk warga Myanmar yang baru masuk ke Malaysia,” katanya.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 26A Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked