KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dilihat menjadi antara penyumbang peningkatan mendadak kes COVID-19.
Perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya akui kempen PRN Sabah menjadi punca peningkatan kes COVID-19.
“PRN Sabah terpaksa diadakan kerana Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 30 Julai lalu.
“Ini sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana tertakluk dalam perlembagaan. Pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada pembubaran DUN,” katanya dalam Perutusan Khas Situasi Semasa COVID-19 petang tadi.
Muhyiddin juga memaklumkan beliau sendiri melihat Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 kurang dipatuhi sewaktu tempoh berkempen ketika PRN Sabah.
“Ketika saya turun berkempen di banyak tempat saya lihat SOP penjarakan sosial kurang dipatuhi walaupun pakai pelitup muka tapi duduk dalam jarak dekat dalam keadaan sesak,” katanya.
Tambah beliau laporan individu yang dijangkiti ketika berada di Sabah adalah sesuatu yang amat mendukacitakan.
Selain PRN, peningkatan kes COVID-19 di Sabah juga katanya berpunca daripada pendatang tanpa izin dari negara jiran.
“Mereka ini sebahagiannya positif COVID-19. Apabila ditahan di pusat tahanan, mereka menjangkiti tahanan lain.
“Virus ini juga telah menjangkiti kakitangan pusat tahanan, ahli keluarga mereka dan komuniti setempat,” katanya.
Muhyiddin memaklumkan kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk menghalang wabak berkenaan menular ke tempat lain.
“Tindakan awal kerajaan ialah mempertingkatkan kawalan sempadan di negeri Sabah dengan menambah jumlah anggota keselamatan yang bertugas dan mengatur gerak aset-aset seperti kapal dan bot peronda untuk mengawal sempadan perairan negara.
“Beberapa daerah di Sabah dan Kedah juga telah diisytiharkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar atau Targeted Enhanced Movement Control Order untuk menghalang wabak ini daripada menular ke tempat-tempat lain,” katanya.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan 691 kes baharu dilaporkan menjadikan ia jumlah kes harian tertinggi setakat ini.
Daripada 691 kes baharu, Sabah dan Kedah kekal catat kes tiga angka dengan masing-masing 219 dan 394 kes. — AlHijrah Online / Zaim Zamani
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked