MCMC GESA ORANG AWAM WASPADA AKAUN TWITTER PALSU JAKIM

Kenyataan dari MCMC tentang akaun Twitter palsu JAKIM.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan satu akaun Twitter palsu yang menggunakan nama dan logo Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dengan kewujudan akaun-akaun palsu dan segera laporkan kepada pihak berkuasa untuk penelitian dan tindakan selanjutnya.

MCMC juga turut berterima kasih kepada pengguna Twitter yang bekerjasama dalam menggantung akaun Twitter palsu JAKIM itu, yang dilapor mempunyai ciapan bersifat menghina dan kebencian terhadap agama.

Beberapa pengguna Twitter memaklumkan bahawa akaun ‘parodi’ JAKIM itu menggunakan logo dan nama yang sama kecuali ejaan akaun palsu itu dengan huruf ‘L’ kecil menggantikan dengan huruf ‘I’ besar dalam akaun asal.

Antara laporan pengguna Twitter tentang akaun palsu JAKIM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi Twitter rasminya turut meminta pengguna-pengguna Twitter untuk membuat laporan terhadap akaun palsu itu.—AlHijrah Online

Leave a Reply