Connect with us

ALHIJRAH NEWS

COVID-19: MALAYSIA DIKEJUTKAN LAGI, 691 KES BAHARU

DALAM NEGARA

COVID-19: MALAYSIA DIKEJUTKAN LAGI, 691 KES BAHARU

PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu positif COVID-19 meningkat drastik dengan 691 kes sekaligus menjadi jumlah kes harian tertinggi setakat ini.

Lebih mendukacitakan empat kematian akibat pandemik tersebut dilapor hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada empat kematian hari ini satu adalah di Pulau Pinang manakala tiga lagi kematian di Sabah.

Seorang bayi perempuan berumur satu tahun antara mangsa yang meninggal dunia hari ini.

Pertambahan kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes naik kepada 13,504 kes, dan kes aktif pula meningkat kepada 2,936 kes.

Lebih separuh daripada jumlah kes baharu hari ini iaitu sebanyak 394 kes daripada Kluster Tembok, Kedah (penjara) manakala 219 kes daripadanya melibatkan zon-zon merah di Sabah.

Setakat ini sembilan daerah berada di dalam zon merah iaitu tujuh daerah di Sabah, satu daerah di Kedah (Kota Setar) dan satu daerah di Selangor (Klang).—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading